Friday, February 20, 2009

Lupa Diri

1. Ada sesetengah di kalangan orang Sabah yg nyata sekali tidak menghargai dari mana mereka berasal, budaya, bahasa dan asal usul mereka. Mereka ini berasa malu mengakui atau bermanifestasi secara langsung bahawa loghat mereka ini berbeza daripada orang-orang yg berasal dari Semenanjung.

2. Secara umumnya, loghat yg digunakan oleh orang Sabah ini berbeza berbanding dengan loghat yg digunakan di semenanjung Malaysia. Bagi orang Sabah yg berada di Semenanjung Malaysia, ramai di antara mereka yg berasa malu untuk menggunakan loghat asal kerana kononnya malu ditertawakan oleh orang lain.

3. Walaupun bukan semuanya demikian, namun pada hari ini saya menyaksikan lagi suatu keadaan di mana saya berasa sangat mau muntah melihat gelagat orang-orang Sabah yg tidak tahu malu ini.

4. Sekumpulan orang Sabah yg merasa diri mereka ini elit, kononnya dapat menguasai loghat percakapan semenanjung dengan fasih, mentertawakan seorang yg lain, kerana menggunakan loghat bahasa sabah yg pekat.

5. Mereka ketawa terbahak-bahak kerana bagi mereka ianya merupakan suatu yg lucu. Tetapi mereka tidak sedar, seluruh ahli keluarga dan saudara mara mereka yg berada di Sabah pun menggunakan loghat yg sama. Mereka ingat mereka maju, moden dan sofistikated. Pthuiii!!

6. Kalau mahu diikutkah hati dan perasaan, mahu saja saya menyimbah air panas di muka mereka yg nyata sekali tidak hensem dan tidak cantik. Walaupun banyak hal2 seperti ini yg saya perhatikan dahulu, tetapi kali ini merupakan yg paling menjijikan, dan meloyakan.

7. Bukan saya menyatakan tidak perlu berasimilasi dengan budaya atau loghat tempatan. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak. Tetapi janganlah sampai mentertawakan orang lain, dengan penuh kenikmatan dan keegoan.

8. Jika kau tidak menghormati diri sendiri, tiada orang yg akan menghormati engkau. Sekadar untuk mengingati termasuk diri sia yg selalu pelupa ini. Bagi mereka yg terasa, dipersilakan mengemukakan hujah-hujah protes kerana pada bila bila masa saya bersedia menjawabnya. Sekian harap maklum.

8 comments:

TaQuiLa said...

wah wah wah..sepa ko marah ni rayner?

Anonymous said...

Bukan marah bah.... meluat saja nampak tuh gaya yg betabiat... hehehe

Claire said...

ooo...kalau sy tidak la..haha gni2 jg sy ckp sembarang sja...msh cakap sabah...

tp.....dr pandagan sy la...nda salah ba tu mo belajar slang/bahasa/loghat semenanjung tetapi mesti hanya untuk tujuan memudahkan komunikasi kepada org2 semenanjung jg...tp jgn kasi malu org yg ckp pekat ka nda pekat sama jgn ckp semenanjung sama org sabah jg...tu sja..hehe

King Guzzy said...

hehe mcam mara gia ko nie rayner..hmm...sa rasa poin ko tu buli di terima la tu sekiranya durang kasi ketawa urang sendiri..sbb klu sesama sendiri teda sebab mo berasa malu betutur bahasa sendiri lain la sekiranya tu urang cakap terlampau kuat macam seren ambulans, jadi malu juga la.

tapi kalau setakat berbual sesama sendiri dan sterusnya kasi ketawa urang..hmm..mmg nda patut la..

cheers my brother!! Lent suda :)

Anonymous said...

Sy komen bukan tentang topik hari ini tapi tentang penggunaan tatabahasa.
Sorry sy ndak tahan klu tersalah guna tu benda:

Ianya

Ah, klu ko google cara penggunaan dia ada tu.
Tapi, secara ringkas, "ia" dan "nya" sama makna. Cuma "nya" hanya boleh diletakkan di belakang perkataan. Kira macam mengulang la bah tu kan klu cakap, ianya. Jadi sebab itulah salah. Sekian.

Anonymous said...

Dear Claire,
Itu bah motif dia tuh. Kalau ya pun bagi dia buruk, jangan labah kasi ketawa....

Dear Guz,
Haha.... mcm siren ambulance lagi tuh.... ikut keadaan labah kan.... kalau telampau kuat pun mimang labah bikin malu.... poinnya, janganlah kasi ketawa urg untuk menghibur diri sendiri atau merasa dirinya elit.

Dear Kambing,
Terima kasih atas komen dan pembetulan itu. Ianya tidak disengajakan sebab sia pun sendiri bukan pakar tatabahasa, dan saya juga tidak mengambil berat tentang kaedah penggunaan kata itu dari aspek tatabahasa sebab bagi saya yg penting adalah penyampaian maksud.... lainlah kalau para pembaca memahami kata itu sebagai "IA IA" atau "NYA NYA" dan mereka keliru. so far tidak ada kekeliruan.

Anyway adalah penting untuk mengakui kesilapan jika benar kita silap, maka setelah mengcekkan (ini betulkah?)hujah2 anda, didapati oleh saya ia benar... makanya saya akui yg saya silap, dan saya akan memperbetulkannya di masa hadapan.

Diharap anda sering mengunjungi blog saya ini, supaya di masa hadapan jika ada kesilapan tatabahasa anda boleh perbetulkan, kot-kot ada lagi kesilapan lain yg membuatkan anda tidak tahan.... bukan sahaja dalam bahasa melayu, tetapi juga bahasa inggeris.
Terima kasih sekali lagi.

Wel^Beiolman said...

emm....ketawa org sabah sendiri besakap sabah mimang salah......jan ambil hati kalu tu benda kana sama ko la rayn....hujung pangkal dia...nanti durang sendiri jg tau tu...

sempat lg ada kelas tatabahasa o kan..hehe..

Anonymous said...

Ia juga bah Well.... tidak perlu dikisah sangat bah tuh... cuma geram saja sikit2 masa mula2.... heheh