Sunday, November 2, 2008

PILIHAN RAYA AS

Berdasarkan kepada current updates dan news mengenai pilihanraya Presiden di AS, ramai di antara kita termasuk saya sendiri melihat bahawa Barack Obama mempunyai peluang yg sangat cerah untuk memenangi pilihanraya tersebut. Secara peribadi, saya lebih menyukai Obama sebagai calon Presiden pada kali ini memandangkan banyak pembaharuan yg beliau janjikan dalam pengurusan ekonomi dan terutama sekali perubahan yg akan dibuat mengenai dasar luar AS.



Maka saya sendiri tidak sabar untuk melihat gaya baru pentadbiran calon Presiden AS ini dan diharap keputusan akan memihak kepada beliau dan Parti Democrat menjelang pilihanraya yg berlangsung pada selesa depan ini kalau tidak silap saya.

Tetapi bagi calon-calon vice presiden pula, saya mempunyai pandangan yg agak berlainan. Seperti yg diketahui umum, Obama telah memilih Biden sebagai running mate beliau manakala Mc Cain pula memilih Sarah Palin.




Secara peribadi, saya lebih menyukai Sarah Palin sebagai VP dan secara tidak langsung ia bermaksud, saya lebih suka jika Obama digandingkan dengan Palin.


Mungkin ramai orang menganggap saya gila, tetapi saya lebih menyukai karisma dan gaya persembahan daripada Palin berbanding Biden. Beliau nampaknya lebih pandai mencuri perhatian umum berbanding Biden yg sangat straight forward itu.






Sebagai seorang politician saya berpendapat Palin mempunyai kelebihan untuk menjadi popular dengan gaya elegannya yg tersendiri. Tetapi apakan daya, beliau dipasangkan dengan Mc Cain yg tidak mempunyai idea pembaharuan baru dalam kempennya selain dengan berulang kali menyatakan akan meneruskan dasar Bush. Ini sedikit sebanyak, bukan lagi sedikit tapi banyak menyebabkan popularity si Palin merundum.


Maka dengan kemenangan Demokrat yg sudah dijangka, maka punahlah harapan saya untuk melihat Palin di arena puncak tertinggi pentadbiran AS. Walau bagaimanapun, tahniah in advance untuk Obama, and all the best terhadap career politiknya.

No comments: