Saturday, May 9, 2009

Ayam

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikkan harga ayam secara mendadak yg dikaitkan dengan penularan virus H1N1. Namun begitu, kita sedia maklum bahawa kenaikkan mendadak seperti ini sudah lama berlaku di Negara kita, tidak kiralah virus apa yang melanda.

Berbalik kepada kenaikkan harga ayam tadi, maka justeru itu, dicadangkan oleh badan kerajaan supaya stok penimbal ayam diwujudkan bagi menstabilkan harga ternakan itu di pasaran. Langkah2 seperti ini dicadangkan memandangkan wujudnya persatuan-persatuan berkaitan yang nampaknya enggan menurunkan harga ayam dan ingin mengambil kesempatan daripada penularan wabak H1N1 ini. Kita tunggu apa kata mereka jika wabak Selsema Ayam berlaku.

Maka kerajaan telah mengenalkan langkah untuk membuka semula AP ayam agar harga makanan ini dapat distabilkan oleh kerajaan dan juga berdasarkan stok penimbal tadi. Semua ini adalah disebabkan gara-gara penternak ayam yg terlalu berdegil untuk menaikkan harga ayam mereka. Mereka engkar arahan kementerian untuk menurunkan harga ayam ke paras yg sepatutnya.

Jika saya yg memegang portfolio Kementerian Pertanian dan Asas Tani, saya kira saya akan laksanakan projek ternakan ayam moden secara besar besaran yang dikendalikan oleh kerajaan di Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak. Ternakan ayam ini akan menghasilkan ayam yg memenuhi keperluan 65% penduduk Malaysia, justeru itu akan memonopoli pasaran ayam.

Jika kerajaan sudah memonopoli pasaran ayam ini, sudah tentu mereka dapat menetapkan sendiri harga barangan makanan yg sangat popular ini tanpa bergantung kepada penternak yg degil. Maka, dalam masa yg sama, penternak ayam seluruh Negara juga terpaksa mengikut harga jualan ayam kerajaan, kerana jika tidak, tiada sesiapa yg mahu membeli ayam mereka. Susah sangatkah ini? Bukankah reserved Negara masih ada 300 billion? Ambiklah sikit untuk kebaikkan rakyat yg suka makan ayam.

No comments: